31 MEI in the murning...

5.31.2008

morninggg....gggggrrrr..

sejuk nye..update..update...yey..da order baju kat ayu...masih cantik..and cantik...semalam g jalan2.yey..release tensen sket...cari blender.hew..tak jumpe pon yang murah..huh...penat2 mencari...last skali g jek ke mines..destinasi terakhir mencari blender..hehe..stil tade..yang ade pon 70 ke atas...so...next time dtg..baru beli..bak kate org..bek beli yang mahal trus kan...da tak jumpe tu.jalan2 jele tanpe arah tujuan..skali g masuk radio aktive..hah...sandle yang saye nak...ngah murah..tak dpt blender dapt sandle baru pon okeh...yey...hari yang gembire hendak la selame2 nye gembire...ngah tunggu si die nieh..pas breakfast trus g library..next week ade test and seterus nye the other week ade final...sory kawan2 ku..ku tak dpt membantu untuk kali ini...sob sob...leen ngah siap nak ke pavilion..kalo tak study da lame peg..nak ajak ayu skali.huh..tapi apekan daye.....ops..cik mah..die tido kepenatan setelah semalaman menjage budak2 program felda tu...yang lagi due org tu..ngah mimpi kan indah2.ehhee..
LIKE THIS :D

phewww...

5.29.2008

damMMmm tired and stresssss....mane tak nye..da ar student ramai..dari sepuluh wilayah..thenn ade kekacauan ar semase mendaftar...al maklum.if student pompuan tak mai, tukar ke student lelaki..mcm ne tu. pening kepale kami..lagi satu..sebab bende nieh..i stressssss n stresssssss more n moreeeeee....give up ar untuk program nie..tensen nie..mengeluh, mengeluh dan juge mengeluh sepanjang mase..ngah mengeluh lagi...haih....ilang mood ler...next week test econ lak..hew hew..nape la..mengeluh lagi..adei
LIKE THIS :D

Happy day

5.28.2008

Ainni bangun....da kul 8:50 la. jap g len sampai ko tak siap2 lagi..hew..da ar nak g mid valley.tapi tak siap2 lagi...ari nie aku n si die jek g kelas EIS...ala kelas org lain.men masuk jek..die ar nak g kelas sgt..finally kelas EIS da sampai ke penghujungnye hari nie..da ar dalam kelas org Uni10 call.tapi tatau nak ape..ye la..sebagai pelajar yang baik..jgn bermain hp di dalam kelas.cehhh.eheh..kitorg g admin jap nak amik slip peperiksaan..hew...



aish...bile dpt tiket nie..semakin hampir le ngan final..hew..adei la..pehtu..kami bertolak ke Alamanda..yey..jalan2 time..kami membeli belah di sane..sempat la aku sambar sepasang kasut yang cute and air..



LIKE THIS :D

Econ..

5.27.2008

akhirnye selesai test economic. next wek test 2 pulak..adei rush nye short sem nie..paper ari nie..ngan bangga nye aku rase satu pon tak kompem betui..huhu...cuakness la..final tgl seminggu jek nieh...ari nie bertape kat library seharian.hew..bertemankan kawan2 ku yang gle. dan juge si die tersayang..cehhh..esok dorg nak g mid valley. tapi si die kate jum la g kelas EIS..then baru g jalan..adei..ilang mood nak berjalan..peg je la..sory ye kengkawan..nanti2 la kite g mid..ngah baca metro online..bersimpati kat raja munirah tu..nie petikan dari metro online yang dpt di tatap bersame..ehehe..njoy..

‘Saya kuatkan semangat’Oleh Ahmad Fitri Che Musafitrimusa@hmetro.com.my
KUALA LUMPUR: “Saya akan kuatkan semangat sekiranya keluarga saya juga berbuat begitu,” itu luahan Raja Munirah Raja Iskandar Shah, 23, yang kecewa selepas dimaklumkan rayuan terakhir kesnya ditolak Mahkamah Agung Jepun, Selasa lalu.Raja Munirah yang kini ditahan di Pusat Tahanan Kosuge, dekat Tokyo, selepas didapati bersalah cuba menyeludup dadah ke negara itu kira-kira satu setengah tahun lalu, didakwa mengikut Artikel 405 Kanun Prosedur Jenayah Jepun yang tidak membenarkannya mengemukakan sebarang rayuan lagi.Wanita itu yang meluahkan perasaan sedihnya kepada wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dikenali sebagai Risa Kumano yang melawatnya Rabu lalu, kini perlu menjalani hukuman penjara enam tahun sembilan bulan bermula sejak dia ditahan 20 Disember 2006.Peguamnya, Rosal Azimin Ahmad, berkata anak guamnya akan dipindahkan ke penjara lain di luar Tokyo dalam tempoh dua atau tiga minggu lagi.
Menurutnya, tempoh hukuman itu juga sudah mengambil kira pengurangan tempoh hukuman 50 hari yang diberikan Mahkamah Agung serta 220 hari yang masing-masing diputuskan mahkamah rendah di negara itu, sebelum ini.
“Raja Munirah juga dikehendaki membayar denda kira-kira RM40,000 dan sekiranya dia gagal membayar denda terbabit dalam masa tertentu, tempoh hukumannya akan ditambah 250 hari,” katanya.Ketika keputusan dibacakan, Raja Munirah tidak hadir berikutan penghakiman di mahkamah itu tidak membabitkan perbicaraan, tetapi memerlukan peguam memfailkan hujahan terlebih dahulu.Dalam hujahan rayuan Raja Munirah yang difailkan di mahkamah itu 30 Mac lalu melalui peguam Shunji Miyake yang mewakilinya, dia mengemukakan isu undang-undang membabitkan persoalan bahawa haknya dinafikan Mahkamah Tinggi Tokyo ketika mendengar kesnya kali pertama.Miyake berhujah bahawa peguam terdahulu yang mewakili Raja Munirah bertindak sendiri dengan memberi nasihat yang salah ketika menyuruh gadis itu mengaku bersalah atas kesalahan yang tidak dilakukannya bagi mendapatkan hukuman ringan iaitu penjara enam bulan saja.Bagaimanapun katanya, hakim Mahkamah Agung mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi selepas mendapati kesalahan dilakukan pegawai pembelaan sebelum ini hanya membabitkan pelanggaran undang-undang prosedur dan bukan hak perlembagaan.Rosal Azimin berkata dia akan ke Jepun bersama bapa Raja Munirah untuk berbincang dengan peguam di sana mengenai usaha seterusnya yang dapat dilakukan untuk membantu Raja Munirah.“Lagipun, saya difahamkan mungkin selepas beberapa tahun hukuman, Raja Munirah akan diberi pengampunan berikutan ini kesalahannya yang pertama, insya-Allah,” katanya. Sementara itu, bapa wanita terbabit, Raja Iskandar Shah Raja Abdul Aziz, 48, berkata dia terkejut sebaik mengetahui keputusan rayuan itu selepas dimaklumkan Shunji melalui e-mel, Jumaat lalu kerana menyangka peluang anaknya bebas adalah cerah.“Kami sekeluarga sedih dan kecewa dengan keputusan terbabit kerana percaya Raja Munirah tidak bersalah kerana dia dianiaya. Saya tidak faham dengan sistem kehakiman negara itu.“Ibunya pula menangis semalaman kerana terlalu sedih. Sekarang kami betul-betul rindukannya. Saya pasti Raja Munirah juga merindui kami berdasarkan surat yang dikirimnya,” katanya ketika dihubungi, semalam.Raja Iskandar berkata, selepas keputusan itu, dia belum menerima surat daripada Raja Munirah dan belum dapat bercakap atau bertemu anaknya, tetapi akan mengutus surat kepadanya secepat mungkin bagi mengetahui keadaan terkini wanita itu.Walaupun menyimpan hasrat untuk ke Jepun bertemu Raja Munirah, dia terpaksa menangguhkan rancangan itu atas sebab tertentu.“Saya akan menjenguknya di sana, tetapi buat masa ini kami sekeluarga hanya dapat mengutus surat kepadanya.“Apapun saya anggap kejadian ini mempunyai hikmah tersendiri dan menjadi pengajaran kepada kami sekeluarga serta ibu bapa lain supaya mengambil tahu pergerakan anak mereka dan berhati-hati dengan sindiket dadah yang memperdaya wanita muda,” katanya. Raja Iskandar berkata, dia dan isterinya tidak akan berputus asa, malah akan meneruskan usaha membebaskan anaknya dengan meminta nasihat peguam mengenai tindakan yang perlu dilakukan selanjutnya.“Kami sudah melakukan sedaya upaya untuk menyelamatkan Raja Munirah, termasuk melantik sekumpulan peguam di Jepun dan negara ini dan kami tidak akan berhenti di sini,” katanya. Mimpi ngeri penuntut komunikasi massa di sebuah kolej di Cyberjaya itu bermula selepas dia ditahan di Lapangan Terbang Narita, Tokyo pada 20 Disember 2006 apabila beberapa peket dadah jenis syabu seberat 690.80 gram dijumpai dalam beg yang dibawanya.Raja Munirah mendakwa dia diperangkap seorang lelaki Iran bernama ‘Milad’ yang menawarkan pekerjaan di sebuah agensi pelancongan di Jepun.Rayuan awal Raja Munirah bagi mengenepikan sabitan kesalahan dan hukuman penjara tujuh tahun sebulan, bagaimanapun ditolak pada 4 Disember lalu

LIKE THIS :D

PeRasMian Bulan PerpAduan

5.26.2008










sempene perasmian bulan perpaduan pada tanggal 25 Mei 2008, kami kelab Rukun Negara di jemput untuk menghadirkan diri sebagai tetamu tak terhormat di PICC..hehe..tapi kan, mule2 tu kitorg dok balakang, almaklum cik mah ngantok..then dtg Ila n zul, trus g depan..da ar kat tempat Vip.kiki..happening gak..ade tarian, koir, nyanyia farahwahida..after seleasi jek perasmian, kami di jemput untuk ke dewan makan..tetapi malang nye, hanye bersile di bawah...hebat gak..mase nak lik tu.ngan slumber nye, si die tu amik 5 ketul ayam untuk makan malam.ehehehe..ops terlepas rahsia..tgk la pic tu..seronok kan kanak2 tu kibar bendera..ehehe

LIKE THIS :D

geNTing Theme pArk






heylo.....this is our first time pegi genting.bersame ex president Krune10, awek nye serte adik nye...from Uniten nek kete zul. gerak kul 9.padahal bus kul 10..hew...sampai2 kl central pon tepat2 kul 10..cuak gak tak sempat..pagi tu..ila wat breakfast kitorg..hew...tq ILa..ehehe..sampai genting bende alah nie la first kitorg men..ade lagi game lain tapi..upload yang nieh jek..ehehe..next time nak g lagi..tapi ngan all my gurlfwend...termasuk la..AYu.eheh..nak dgr suare ayu menjerit ketakutan...sekian..

LIKE THIS :D

Maybe You Love To See These

Blog Widget by LinkWithin